Tuesday, May 5, 2009

Puisi Lara Hati Melaya


Sumpah Memfitnah
Sumpah memakan diri,Berani bersumpah pertahankan diriTidak bersumpah tidak dipercayaiTapi kini tidak lagiSumpah memakan diri,Berani sumpah tidak dipercayaiTidak bersumpah maka disanjungiFitnah memporak-peranda,Yang memfitnah dihukum seksaYang difitnah terus dibelaTapi kini tidak lagiFitnah memporak-peranda,Yang memfitnah terus berjayaYang difitnah ditimpakan balaManusia kini sudah buta,Buta di hati, buta di jiwa


Tema: , , , , ,


Dejavu Sebuah Merdeka
Anak kecil ituBerlari-lari lelahSambil mengesat-ngesat peluh yang jatuh ke dahi.Dia sedar langkahnya tidaklah selaju manaDan dia mengerti amatBahwa apa yang mengejarnyaBagai kilat yang menyambar tunggul kayu di belakang rumahnyaSuatu ketika dahulu.Tetapi dia tetap teruskan langkahnyaMemerah keringat demi kelangsungan hidup.Tiba-tiba, langkahnya membatu, matanya terpaku ke suatu arahNun disanaKedengaran suara orang tuaMemanggil-manggil tatkala tangan menggamit sahabatnyaTerjatuh kerana kakinya bagai ranting patah dipijak gajah turun minyakTerkena jerangkap samar.Satu ketika kemudian, terdengar bunyi tembakan senapangDan berakhirlah riwayat hidp dua orang sahabatYang ditamatkan kisahnya kerana berjuang demi kebebasan hidup‘Kasihan, Kasihan’, getus hati si anak kecil yang sayuBunyi senapang tidak kedengaran.Anak kecil itu meneruskan langkahnyaseketika kemudianDia terasa hausLalu bersandar di pokok ketapangSambil mata melilau mencari airDitajamkan pandangan ke rumah ketua kampungYang satu ketika duluRiuh rendah dengan musyawarah dan dan perbincanganKini hanya tinggal rangka sahaja.Anak kecil hanya menggeleng kepalaLalu beredar dari situMentari sudah hampir ke ufuk BaratAnak kecil masih bejalan menuju ke tempat yang tiada bertandaPerjalanan yang sepi.Perjalanan yang pilu.Perjalan yang menyesakkan dada.Te te te te teBunyi apa itu?Te te te te teBunyi itu semakin hampirAnak kecil semakin takutMelihat sebuah lori hijauBibirnya tersenyum tawar... lalu rebah ke bumi.Kini,Anak kecil tu sudah dewasaHidupnya tidaklah semewah manaTetapi dia bersyukur tehadap Rabbul IzzatiYang menganugerahkan nikmat kebebasan, nikmat kemerdekaanTerhadap tanah air yang dikecapi dengan susah payah.Namun, jauh di sudut hatinya sedih, sedih amatKenapa orang-orang yang hidup di zaman ini tidak tahu menghargai kemerdekaan??Apakah mereka tahu yang penjajahan kini lebih kepada ideologi-ideologi bodoh yang hanyamengkhayalkan dan dan membuai impian-impian palsu mereka?Adakah dejavu bakal berlaku?Ah, dia mengeluh.


Aku Lahir Hari Ini
Menulis aku duduk di siniTak bertujuMenafi keras syaitan bergigiTak setujuTemui Tuhan di kiblat suciBertanya akuSumpah aku tak tahuSudahku berikrar menabur bakti?Sumpah aku terlupaSudahku tunai segala janji?Sumpah aku durjanaSedarnya aku ditikam matiAku lahir di bumi iniHanya mencipta kurap di mukanyaAku lahir jatuh ke siniHanya menyimpang daripada dikataAku lahir menabur baktiHanya angan tak bersudah mendustaAku lahir sebagai lelakiHanya mengaku tinggi darjatnyaAku lahir pada hari iniHanya menerus dosa hingga kecewa

Monday, May 4, 2009

Sudah beberapa kali saya menonton persembahan band muzik Hujan ini. Wow... memang sungguh luar biasa sekali penangan Hujan. Macam Lefthanded, Search dan Wings waktu zaman kegemilangan mereka dulu.
Mempunyai pengikut bergelar "Raingers" yang bukan saja ramai dan supportive tetapi juga sering merempuh di depan pentas setiap kali mereka beraksi di dalam mana-mana persembahan. Tidak hairanlah mengapa syarikat rakaman Universal Music dan juga beberapa yang lain kini sudah mula sibuk memancing mereka untuk dijadikan sebagai artis naungan mereka.
Malah mereka ini jugalah yang sering diperkatakan di kalangan pemuzik serta karyawan muzik tanah air kita. Sebuah band muzik yang sedang meletup. Bukankah ia satu fenomena yang dahsyat? Saya harap anda semua akan terima hakikat bahawa Hujan adalah satu fenomena dalam industri muzik tanah air kita walaupun mereka lebih selesa berjuang dalam underground scene.
Ada juga yang tanya kepada saya, Hujan ini band muzik apa? Apakah mereka ini datang daripada Indonesia? Oh Tuhan, Hujan adalah seratus persen band muzik buatan Malaysia dan itu membuatkan saya berasa paling bertuah.

Ha, belum lagi kahwin, rezeki semakin melimpah-limpah bagi kugiran Hujan dan penyanyinya Noh, yang barangkali semakin sesuai digelar “Mawi versi indie”.Di ambang menjayakan jelajah sulung mereka ke Indonesia bulan ini, sebelum bertolak tempoh hari Hujan dikurniakan dua biji kereta Myvi model terkini, selaku duta indie yang pertama buat kereta Perodua itu. Sifu rock tanahair, M.Nasir, telah dimartabatkan sebagai selebriti tanahair pertama menjadi duta rasmi Myvi.Kedua-dua buah kereta itu kini dipakai oleh Noh dan Am, drummer Hujan yang menjadi anggota terawal kumpulan itu bersama Hang Dimas tiga tahun lepas. Mereka turut mendapat sebanyak RM200,000 wang tunai sebagai bonus menandatangani kontrak ‘endorsement’ selama setahun.Dikhabarkan teman-teman terdekat Noh, bahawa disebalik silap faham dan buruk sangka terhadapnya di kanta mata umum, dia ni memang rajin bersedekah. Sekali bagi, 10 riya, 20 riya. Di kediaman sementaranya di kondominium Prima 16, Petaling Jaya yang dikongsi bersama bassis Hujan, Jaja, Noh juga biasa menapau berbelas-belas bungkusan teh ais untuk para pak guard Myanmar yang bertugas mengawal kondo itu.Cayalah Noh. Untuk kita, usah cemburu, sebaliknya jadikannya sebagai satu contoh, insya Allah, rezeki masing-masing pun turut murah nanti. Syabas dan terus maju Hujan!
Sumber Gua.Com.My
***Tahniah kepada Hujan daripada Raingers.

KoNTERVERsI

Program seperti Akademi Fantasia, One In A Million, Bintang RTM, Mentor serta banyak lagi, semuanya menjurus ke arah membawa kehancuran generasi muda Islam. Apakah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sedar semua ini. Ya, memang mereka sedar. Tetapi mereka sengaja tidak mahu membawa perubahan generasi muda ke arah mencintai Islam kerana gusar mereka akan beralih menyokong pembangkang dalam setiap kali pilihanraya di adakan. Golongan inilah yang akhirnya akan dilatih sebagai pejuang UMNO yang menyertai Pemuda, Putera dan Puteri UMNO. Akhirnya rosak dan punah masa depan golongan muda bila mereka yang sudah rosak akhlaknya ini diberi ruang untuk memesongkan pemikiran generasi muda yang lain. Inilah yang dikatakan, kerana takut hilang kuasa mereka sanggup lakukan apa sahaja. Walhal dalam masa yang sama melaung-laungkan Malaysia negara Islam. Mereka lupa, apakah ciri-cri negara Islam itu sebenarnya. Faktor inilah yang menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Apa yang mahu PDO bongkarkan disini ialah, susulan daripada keruntuhan akhlak inilah akhirnya ia terbawa-bawa hingga ke hari tua. Hasilnya, mereka ini sudah tidak dapat mengenal mana yang buruk mana yang baik, mana yang halal dan mana yang haram, mana intan mana kaca dan sebagainya. Apa yang penting "janji ada untung, semua belasah belaka". Akhirnya, perkara-perkara yang mendatangkan syirik dan menyekutukan Allah pun dianggap satu kesyukuran bagi mereka.Terbaru, kini heboh diedarkan dalam internet tentang "sikap terima kasih serta kesyukuran yang dibuat oleh ramai orang Melayu yang kononnya beragama Islam kepada Tok Sami Budhha dari Siam". Ini kerana, Tok Sami yang dianggap Tok Guru itu dikatakan menjadi penyelamat kepada kehidupan mereka dengan memberi kejayaan dalam aktiviti perjudian yang mereka sertai. Tok Sami dikatakan berjaya memberi nombor ramalan "Empat Nombor Ekor" yang berjaya mendapat hadiah utama. Seterusnya menyebabkan mereka berjaya menang dan kaya raya serta dapat keluar dari kemelut ekonomi dan masalah kewangan yang membelenggu diri mereka. Malah, sikap bersyukur kepada Tok Sami terbabit juga bukti jelas mereka kini sudah keliru bahawa perbuatan tersebut telah jelas menyeleweng dan terkeluar daripada ajaran agama Islam itu sendiri sebenarnya.

Tuesday, April 28, 2009

Newbies Bloging HERE!!! need help please???

can any1 show me how to improvise the blog to become more attractive???

plezz.. im needing ur help..