Monday, May 4, 2009

KoNTERVERsI

Program seperti Akademi Fantasia, One In A Million, Bintang RTM, Mentor serta banyak lagi, semuanya menjurus ke arah membawa kehancuran generasi muda Islam. Apakah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sedar semua ini. Ya, memang mereka sedar. Tetapi mereka sengaja tidak mahu membawa perubahan generasi muda ke arah mencintai Islam kerana gusar mereka akan beralih menyokong pembangkang dalam setiap kali pilihanraya di adakan. Golongan inilah yang akhirnya akan dilatih sebagai pejuang UMNO yang menyertai Pemuda, Putera dan Puteri UMNO. Akhirnya rosak dan punah masa depan golongan muda bila mereka yang sudah rosak akhlaknya ini diberi ruang untuk memesongkan pemikiran generasi muda yang lain. Inilah yang dikatakan, kerana takut hilang kuasa mereka sanggup lakukan apa sahaja. Walhal dalam masa yang sama melaung-laungkan Malaysia negara Islam. Mereka lupa, apakah ciri-cri negara Islam itu sebenarnya. Faktor inilah yang menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Apa yang mahu PDO bongkarkan disini ialah, susulan daripada keruntuhan akhlak inilah akhirnya ia terbawa-bawa hingga ke hari tua. Hasilnya, mereka ini sudah tidak dapat mengenal mana yang buruk mana yang baik, mana yang halal dan mana yang haram, mana intan mana kaca dan sebagainya. Apa yang penting "janji ada untung, semua belasah belaka". Akhirnya, perkara-perkara yang mendatangkan syirik dan menyekutukan Allah pun dianggap satu kesyukuran bagi mereka.Terbaru, kini heboh diedarkan dalam internet tentang "sikap terima kasih serta kesyukuran yang dibuat oleh ramai orang Melayu yang kononnya beragama Islam kepada Tok Sami Budhha dari Siam". Ini kerana, Tok Sami yang dianggap Tok Guru itu dikatakan menjadi penyelamat kepada kehidupan mereka dengan memberi kejayaan dalam aktiviti perjudian yang mereka sertai. Tok Sami dikatakan berjaya memberi nombor ramalan "Empat Nombor Ekor" yang berjaya mendapat hadiah utama. Seterusnya menyebabkan mereka berjaya menang dan kaya raya serta dapat keluar dari kemelut ekonomi dan masalah kewangan yang membelenggu diri mereka. Malah, sikap bersyukur kepada Tok Sami terbabit juga bukti jelas mereka kini sudah keliru bahawa perbuatan tersebut telah jelas menyeleweng dan terkeluar daripada ajaran agama Islam itu sendiri sebenarnya.

No comments:

Post a Comment