Monday, May 4, 2009

Sudah beberapa kali saya menonton persembahan band muzik Hujan ini. Wow... memang sungguh luar biasa sekali penangan Hujan. Macam Lefthanded, Search dan Wings waktu zaman kegemilangan mereka dulu.
Mempunyai pengikut bergelar "Raingers" yang bukan saja ramai dan supportive tetapi juga sering merempuh di depan pentas setiap kali mereka beraksi di dalam mana-mana persembahan. Tidak hairanlah mengapa syarikat rakaman Universal Music dan juga beberapa yang lain kini sudah mula sibuk memancing mereka untuk dijadikan sebagai artis naungan mereka.
Malah mereka ini jugalah yang sering diperkatakan di kalangan pemuzik serta karyawan muzik tanah air kita. Sebuah band muzik yang sedang meletup. Bukankah ia satu fenomena yang dahsyat? Saya harap anda semua akan terima hakikat bahawa Hujan adalah satu fenomena dalam industri muzik tanah air kita walaupun mereka lebih selesa berjuang dalam underground scene.
Ada juga yang tanya kepada saya, Hujan ini band muzik apa? Apakah mereka ini datang daripada Indonesia? Oh Tuhan, Hujan adalah seratus persen band muzik buatan Malaysia dan itu membuatkan saya berasa paling bertuah.

Ha, belum lagi kahwin, rezeki semakin melimpah-limpah bagi kugiran Hujan dan penyanyinya Noh, yang barangkali semakin sesuai digelar “Mawi versi indie”.Di ambang menjayakan jelajah sulung mereka ke Indonesia bulan ini, sebelum bertolak tempoh hari Hujan dikurniakan dua biji kereta Myvi model terkini, selaku duta indie yang pertama buat kereta Perodua itu. Sifu rock tanahair, M.Nasir, telah dimartabatkan sebagai selebriti tanahair pertama menjadi duta rasmi Myvi.Kedua-dua buah kereta itu kini dipakai oleh Noh dan Am, drummer Hujan yang menjadi anggota terawal kumpulan itu bersama Hang Dimas tiga tahun lepas. Mereka turut mendapat sebanyak RM200,000 wang tunai sebagai bonus menandatangani kontrak ‘endorsement’ selama setahun.Dikhabarkan teman-teman terdekat Noh, bahawa disebalik silap faham dan buruk sangka terhadapnya di kanta mata umum, dia ni memang rajin bersedekah. Sekali bagi, 10 riya, 20 riya. Di kediaman sementaranya di kondominium Prima 16, Petaling Jaya yang dikongsi bersama bassis Hujan, Jaja, Noh juga biasa menapau berbelas-belas bungkusan teh ais untuk para pak guard Myanmar yang bertugas mengawal kondo itu.Cayalah Noh. Untuk kita, usah cemburu, sebaliknya jadikannya sebagai satu contoh, insya Allah, rezeki masing-masing pun turut murah nanti. Syabas dan terus maju Hujan!
Sumber Gua.Com.My
***Tahniah kepada Hujan daripada Raingers.

No comments:

Post a Comment